dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi Mahir Foto (Peserta Sesi 1) - Bawaku Ke Sini – Tayangan & Bicara Karya

17 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto (Peserta Sesi 1) - BAWAKU KE SINI – TAYANGAN & BICARA KARYA. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 01:30 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari pemenang bagi Mobile Videography NADI Mahir.

Program ini berlangsung adalah untuk menghimpunkan finalis berbakat dari peserta MAHIR FOTO INTAKE 1 yang mengetengahkan kreativiti seni videografi mudah alih hanya menggunakan telefon pintar. Seterusnya, peserta sesi 1 menayangkan karya-karya video yang telah disenarai pendek dan disusuli dengan sesi perkongsian bersama para juri iaitu Encik Fahmi Samsudin – Pensyarah Fotografi UiTM / Content Creator, Puan Azfarina – Cikgu MAHIR Foto dan Encik Ahmad Hanif – Cikgu MAHIR Foto. Akhir sekali, diadakan cabutan bertuah bagi penonton yang menonton iaitu peserta MAHIR FOTO bagi sesi 2.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran fotografi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.